Friday, March 9, 2012

Pasaran PC Malaysia Catatkan Pertumbuhan Marginal Pada Suku Keempat 2011



Pasaran komputer peribadi Malaysia mencatatkan pertumbuhan marginal dua peratus kepada 698,000 unit dalam suku keempat tahun lepas, demikian menurut laporan International Data Corp Asia/Pacific Quarterly Personal Computer Tracker.

"Perbelanjaan tinggi oleh sektor awam berjaya menghalang penurunan ketara dalam pasaran keseluruhan dengan jabatan kerajaan membelanjakan baki peruntukan masing-masing pada akhir tahun fiskal.



"Bagaimanapun, dalam segmen runcit, kebanyakan vendor terasa "pedih" ekoran kekurangan pemacu cakera keras berikutan banjir teruk di Thailand yang telah menjejaskan bekalan komponen komputer peribadi keseluruhan rantau," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

IDC berkata segmen komersil mengatasi segmen pengguna dalam suku keempat, meningkat 22 peratus daripada suku sebelum, berbanding dengan penurunan enam peratus dalam suku sebelumnya.

Penganalisis pasaran untuk penyelidikan peranti pelanggan IDC Malaysia, Ng Juan Jin berkata segmen pendidikan merupakan penyumbang utama kepada pasaran komersil. Ini ialah kerana pemberian besar PC Classmate kepada pelajar rendah tahun lima di Terengganu.

No comments:

Post a Comment