Pelaburan terbesar yang dilaksanakan secara bersepadu dengan syarikat akuakultur dari Malaysia itu akan dilaksanakan di kawasan berkeluasan 1,000 hektar, selain membuka peluang pekerjaan kepada 1,000 penduduk tempatan apabila mula beroperasi kelak.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata projek industri akuakultur ternakan udang berkenaan adalah yang kedua selepas Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) Setiu yang dijalankan oleh syarikat milik Khazanah Nasional, Blue Archipelago menerusi anak syarikatnya Arca Biru di Setiu melibatkan peruntukan kira-kira RM200 juta.
.jpg)
“Pelaburan asing dalam bidang akuakultur bakal dilaksanakan secara bersepadu oleh Syarikat Gaulin Akuatik, antara syarikat penternakan udang terbesar di China yang membabitkan nilai pelaburan sehingga RM1 bilion,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Katanya, syarikat ini juga mempunyai sijil kelayakan yang membenarkan hasil ternakan mereka memasuki pasaran luar negara khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) selain untuk pasaran di dalam negara sendiri.
Projek akuatik terbesar di Terengganu itu nanti bakal dilengkapkan pusat pembenihan, penetasan dan makanan udang serta makmal penyelidikan ternakan.
"Kerajaan negeri juga mahu menarik lebih ramai lagi pelabur asing menjalankan projek dalam bidang ternakan akuakultur seperti ternakan udang.
“Selain Marang dan Setiu, kita juga sedia membuka beberapa lagi kawasan yang sesuai termasuk di Rantau Abang untuk membangunkan projek akukultur seperti ternakan udang, ikan kerapu dalam sangkar kerana persekitaran yang berhampiran dengan pantai dan memudahkan pengairan,” katanya.
Ketika ini projek iSHARP Setiu milik syarikat Blue Archipelago mula mengeluarkan hasil ternakan udang sejak awal bulan ini, dan dijangka dieksport ke EU dalam masa terdekat.
Teganukita
No comments:
Post a Comment