Telekom Malaysia (TM) Terengganu bersama Kelab TM memeriahkan cuti hujung minggu di bandar raya ini dengan menganjurkan kegiatan berbasikal TM Cyle Hunt 2012 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Program bertemakan Pemuliharaan Bumi Hijau itu menggabungkan aktiviti berbasikal, riadah, kesedaran menghijaukan bumi, mengenali warisan dan permainan.
Jurucakap penganjur, Asiah Chik memberitahu, ia juga mencabar keupayaan minda serta fizikal peserta merentasi destinasi ditetapkan di sekitar bandar raya ini.
"Mereka memulakan perjalanan mencari 'harta karun' dari Dataran Shahbandar ke Bukit Puteri, Pasar Payang seterusnya ke Bukit Besar, Cabang Tiga, Losong dan kembali semula ke Dataran Shahbandar," ujarnya.
Sebanyak 50 pasukan melibatkan 100 peserta undangan menyertai pertandingan itu dan tempat pertama dimenangi oleh Othman Mohamed dan Zainuddin Mohamad yang menerima hadiah wang tunai RM800 serta hamper.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment