Idirs soh (kanan) memperkatakan sesuatu kepada ahli keluarga yang terpilih di bawah Program Minda Bersih di Kampung Padang Tapong, Besut, Tererngganu, semalam.
Usaha mengubah cara berfikir dan bertindak bagi golongan termiskin perlu sentiasa digerakkan supaya mereka serta ahli keluarga dapat menikmati kehidupan lebih baik serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, menerusi cara itu golongan miskin juga mampu memiliki keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib mereka sendiri dan keluar daripada belenggu kemiskinan.
Usaha itu katanya, tidak harus dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan yang telah mencuba dengan pelbagai cara untuk mengubah nasib golongan itu, sebaliknya perlu digerakkan secara bersama oleh pihak lain.
Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga miskin sekitar Kampung Padang Tapong, Besut semalam.
No comments:
Post a Comment