Beliau berkata bekas polis masih boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat sagu hati sebanyak RM3,000 seorang kepada kementerian dengan mengemukakan surat akaun bersumpah sebagai bukti perkhidmatan mereka.
Semasa menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata kerajaan juga bersetuju untuk mengurniakan Pingat Jasa Malaysia bagi mengiktiraf bekas anggota polis yang berkhidmat di Sarawak semasa darurat."Ketika ini, pingat itu hanya dikurniakan kepada Angkatan Tentera Malaysia ... status pengurniaan itu perlu diperluaskan kepada anggota keselamatan lain," katanya. Persidangan Dewan yang disambung hari ini.

No comments:
Post a Comment