Friday, March 9, 2012

TSG Cari Pakar Bukit Sahut Saranan Menteri Besar


Terengganu Cycling Team (TSG) dijangka menambah seorang lagi pelumba import yang memiliki kepakaran mendaki bukit bagi memantapkan persediaan menghadapi kejohanan di masa depan termasuk Le Tour de Langkawi (LTdL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sophian Abu Bakar berkata pelumba berkenaan mungkin diambil dari pelumba LTdL yang baru berakhir.


"Namun kita masih menilai pelumba yang mencipta nama dalam kategori bukit untuk diberi tawaran menyertai pasukan TSG menjelang tahun depan," katanya semalam.
 
Sebelum ini Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyaran TSG mencari pelumba berpotensi bagi kategori bukit untuk diserapkan ke dalam pasukan ekoran TSG banyak kehilangan mata di laluan berbukit kerana ketiadaan jaguh.

Mohd Sophian berkata TSG akan memberikan keutamaan kepada pelumba luar negara memandangkan pelumba negara luar berkebolehan dan berskil dalam kayuhan berbukit.

No comments:

Post a Comment