Saturday, March 3, 2012

Wanita Enggan Naik Motosikal Cedera Kena Toreh?

Wan Mek menunjukkan lengan kanannya yang cedera akibat ditoreh pisau di Kampung Kuala Kubang, Jabi Rabu lalu.

Gara-gara enggan menerima pelawaan untuk membonceng motosikal, seorang wanita warga emas ditoreh sehingga terpaksa menerima tujuh jahitan dalam kejadian di Kampung Kuala Kubang, Jabi dekat sini baru-baru ini.

Semasa kejadian pada pukul 3 petang Rabu lalu, mangsa Wan Mek Wan Omar, 63, dalam perjalanan ke kebun yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Ketika dalam perjalanan, suspek yang dikenali dan tinggal di kampung berhampiran mempelawa saya menaiki motosikal tetapi saya menolak,” cerita Wan Mek ketika ditemui di rumahnya dekat Jerteh semalam.

Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu berlalu meninggalkannya namun berpatah balik dan menghampirinya semula.

"Saya terasa ada sesuatu yang berlaku pada lengan kanan saya tetapi saya biarkan. “Selepas lelaki itu beredar, baru saya perasan banyak darah terkena baju-T yang saya pakai malah lengan baju pun koyak,” kata Wan Mek.

Berikutan kejadian itu, Wan Mek memberitahu, dia membatalkan hasrat untuk ke kebun dan segera pulang ke rumah.

1 comment:

  1. Hai semua
    Saya seorang pemberi pinjaman yang bereputasi yang memberi pinjaman kepada semua individu, baik orang kurang upaya dan orang kurang upaya. Saya memberi pinjaman kepada kedua-dua pekerja dan penganggur, setakat ini anda akan dapat membayar balik dalam masa yang ditetapkan.

    Adakah anda memerlukan pinjaman perniagaan?
    Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi?
    Adakah anda ingin membiayai semula?
    Adakah anda memerlukan pinjaman gadai janji?
    Adakah anda mahu membayar hutang anda?

    Saya memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3%, jadi anda dapat melihatnya telah menjadi mudah.

    Pemohon yang berminat perlu menghubungi kami.

    E-mel: (mrslindarobertloanfirm@outlook.com)

    Terima kasih dan saya menanti permohonan anda

    Selamat sejahtera
    Puan Linda Robert.

    ReplyDelete