Barisan Nasional (BN) Terengganu telah membuka pusat-pusat daerah mengundi atau Bilik Gerakan BN di seluruh negeri yang melibatkan 343 peti undi sejak awal Februari lalu dan akan berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata gerak kerja jentera BN perlu digerakkan lebih awal supaya mereka dapat bersedia lebih awal dengan mendapat maklumat dan boleh juga menaikkan bendera BN di rumah atau di bilik gerakan asalkan tidak mengganggu orang awam.
Katanya, semua jentera parti Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu terutama peringkat bahagian dan negeri sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 walaupun diadakan dalam tempoh terdekat.
“Pihak kami sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi demam PRU Ke -13 dengan menyusun semuanya termasuk daripada aspek gerak kerja peringkat cawangan, peti undi, DUN, bahagian dan negeri.
“Semuanya sudah nampak persefahaman antara barisan kepimpinan sama ada peringkat bahagian mahu pun negeri,” katanya.
Menurutnya, BN masih mempunyai ruang yang kukuh untuk mempertahankan negeri Terengganu dalam PRU ke-13 kelak.
“Dengan gerak kerja yang kita atur dan sambutan dari akar umbi lebih-lebih lagi dari jentera parti secara keseluruhannya kekuatan UMNO tetap terselah,” katanya
Teganukita
No comments:
Post a Comment