Wednesday, April 25, 2012

Ibu Mangsa Dera Mohd Danish Aiman Turut Disiasat Polis

 
Polis mengesahkan pihaknya kini menyiasat ibu kepada mangsa dera Mohd Danish Aiman Abdullah berikutan insiden yang menimpa mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata wanita berusia 22 tahun itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan namun tindakan untuk menahannya belum diambil.


Katanya, hasil siasatan lanjut pihaknya mendapati ibu itu mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. "Suspek utama kes ini ialah teman lelaki kepada ibu mangsa iaitu Azhar Jusoh, berusia 31 tahun.

Tapi dalam masa sama kita turut siasat ibu mangsa sebab dia ada ketika kejadian," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Sabtu lalu seorang kanak-kanak koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya ekoran perselisihan faham antara wanita itu dengan lelaki tersebut.

No comments:

Post a Comment