Shakir jadi taruhan Kelantan untuk mengalahkan T-Team |
Peringatan tersebut diluahkan Bojan selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan T-Team pada perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu. “Saya telah beritahu semua kesilapan yang mereka (pemain) lakukan pada pertemuan dengan T-Team tempoh hari.
“Harapan saya untuk perlawanan malam esok (hari ini) pemain tidak mengulangi kesilapan tersebut. “T-Team sebuah pasukan yang hebat, kita tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini.
Saya harap mereka dapat mempamerkan aksi terbaik dengan menyekat kemaraan pemain T-Team,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Bagi pemain T-Team pula, apakah ia memerlukan kata-kata nasihat berterusan daripada jurulatih pasukan, Yunus Aliff dalam masa rehat babak pertama untuk menjadi perangsang kepada anak buahnya bangkit mengikat keputusan seri 1-1 ke atas Kelantan dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Kota Bharu, malam kelmarin?
Pengendali berusia 54 tahun itu berkata, perasaan takut untuk menampilkan aksi menyerang dengan lebih tersusun menjadi punca barisan pemainnya hilang punca dan tertekan sepanjang beraksi dalam babak pertama perte-muan tersebut.
“Alhamdulilah semua pemain mendengar nasihat. Saya katakan kepada mereka, kalau kita bermain seperti babak pertama kita akan kalah kepada Kelantan,” katanya kepada pemberita sejurus perlawanan berakhir.
“Kita kena mara dan terus menyerang (ke pintu gol Kelantan) kerana hanya itu sahaja cara yang ada untuk kita mencipta peluang.
Akhirnya kita mempunyai peluang dan lorongan cantik Marco Tulio Lopez Silva berjaya disempurnakan Khairul Izwan (Khalid). Memanglah pertemuan di Kota Bharu itu, satu mata sudah cukup baik ketika ramai yang menjangkakan T-Team akan tewas.
Yunus memuji persembahan Bojan Petric, Tengku Hasbulah Raja Hassan selain Mohd Syamsuri Mustafa yang beraksi cemerlang meski pun barisan pemainnya dilihat bermain di bawah tekanan sepanjang perlawanan tersebut.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan terlebih dahulu menerusi jaringan Mohd Nurul Azwan Roya dua minit sebelum babak pertama berakhir.
Namun pemain gantian, Khairul Izwan Khalid menyelamatkan maruah T-Team daripada ditimpa kekalahan apabila menjaringkan gol penyamaan pada m-74 perlawanan. Yunus menjanjikan kejutan apabila pasukan kendaliannya melayan kunjungan Kelantan dalam pertemuan ulangan di Kuala Terengganu pada malam ini.
“Akan ada satu atau dua perubahan dilakukan. Yang penting kita harus berwaspada dengan corak serangan pantas Kelantan.
Saya fikir kita akan melakukan satu lagi kejutan di Kuala Terengganu,” katanya.
Kepada Bojan, pasukan T-Team memiliki kekuatan tersendiri, terutamanya apabila mereka bermain menggunakan corak hantaran pendek selain pemain-pemain tengah mereka yang mempunyai kualiti untuk merencanakan gerakan.
"Mereka sentiasa bekerja keras dan saya fikir kita perlu bersedia untuk menyekat mereka. Corak permainan juga pantas dan mereka sentiasa mahu menewaskan kami. "Mereka pasti memiliki kelebihan selain aksi di tempat sendiri.
Mereka juga mempunyai rehat yang cukup kerana ini merupakan perlawanan kedua mereka dalam tempoh tujuh hari berbanding kita yang terpaksa berdepan dengan empat perlawanan," ujarnya.
Bagaimanapun, Bojan sentiasa optimis Kelantan sentiasa mampu mengatasi mana-mana pasukan termasuklah ketika beraksi di gelanggang lawan
Menurutnya, beberapa pertukaran akan dilakukan selepas pemain tengah, Shakir Shaari kembali berada dalam kesebelasan utama.
Pada perlawanan sebelum ini, Shakir direhatkan atas alasan keletihan.
"Saya telah memberitahu semua pemain tentang kesilapan yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini dan saya harap mereka faham serta tidak mengulanginya lagi.
"Bukan senang untuk menang tetapi saya percaya kami mampu melakukannya.
"Shakir akan kembali dan saya mungkin akan merehatkan Rizal Fahmi kerana dia sudah bermain dalam banyak perlawanan. Ghaddar juga sudah pasti akan bersama kita untuk mengetuai jentera serangan," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.
Sumber - Kosmo & Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment