Thursday, April 26, 2012

Kerajaan Terengganu Agih 14,959 Lot Tanah Sejak 2008

Harun Taib
Kerajaan Terengganu meluluskan 14,959 lot tanah pertanian dan tapak rumah kepada penduduk negeri ini sepanjang tahun 2008 hingga 15 April lepas.

Daripada jumlah berkenaan 5,166 lot merupakan tanah pertanian membabitkan 5,166 pemohon manakala tanah tapak rumah (9,429 lot) kepada 9,429 pemohon di seluruh negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu sebanyak 5,166 lot merupakan tanah untuk pertanian manakala 9,429 lot pula untuk tapak rumah.


Bagi mengulas lebih lanjut soalan wakil Pas- Manir, Menteri Besar memperincikan jumlah kelulusan mengikut daerah.

Ini termasuk daerah  Besut sebanyak 2,319 lot membabitkan 2319 pemohon (tanah pertanian 1,186 lot dan tapak rumah 1,133 lot).

Daerah Dungun pula  sebanyak 3065 lot untuk 3065 orang pemohon yang berjaya iaitu lot pertanian (131) dan tapak rumah (2934), Hulu Terengganu 3141 lot kepada 3141 pemohon iaitu lot pertanian (2,229) tapak rumah (915) dan Kemaman sebanyak 2, 517 lot iaitu tanah pertanian (640 lot) dan tapak rumah (1,877 lot).

Daerah Kuala Terengganu sebanyak 1411 lot iaitu tanah pertanian (78 lot) dan tapak rumah (1333 lot), Marang sebanyak 421 lot iaitu tanah pertanian (56 lot) dan tapak rumah (365 lot) serta Setiu sebanyak 1643 lot iaitu tanah pertanian (771 lot) dan tapak rumah (872 lot).

"Pemberian tanah-tanah itu melibatkan kepada golongan muda, dewasa termasuk warga emas berusia 89 tahun," katanya ketika menjawab soalan Datuk Harun Taib (PAS-Manir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini, kerajaan berjaya meluluskan sebegitu banyak permohonan tanah dalam tempoh yang amat singkat iaitu empat tahun,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengalaman 13 tahun dalam kerajaan negeri termasuk sembilan tahun sebagai Exco kerajaan negeri banyak tanah berjaya diberikan kepada rakyat.

“Dengan kelulusan itu beerti seramai 14,595 rakyat di negeri ini berjaya memiliki tapak pertanian dan tapak rumah dalam tempoh empat tahun dan ini membuktikan kejayaan kesungguhan kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Menteri Besar menegaskan, semua lapisan rakyat layak memohon tanah termasuk warga emas dan baru-baru ini seorang warga emas berusia 89 tahun turut menerima geran tanah dalam satu majlis di Hulu Terengganu.

No comments:

Post a Comment