Jabatan Perikanan Terengganu membatalkan 47 lesen vesel perikanan laut dalam kerana tangkapan tidak memuaskan dan tidak turun ke laut walaupun menerima minyak diesel bersubsidi.
Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim berkata pembatalan itu dibuat susulan pemeriksaan fizikal dan laporan prestasi vesel oleh Panel Audit Vesel Laut Dalam dan Pasukan Pemeriksa Vesel tahun lepas.
"Sepatutnya pengusaha vesel ini perlu mematuhi syarat yang ditetapkan jabatan dengan menggunakan kemudahan subsidi diesel dan turun ke laut dengan kerap.
"Pembatalan lesen ini wajar dijadikan iktibar oleh nelayan laut dalam yang lain supaya serius dengan aktiviti tangkapan ikan seperti mana yang diharapkan kerajaan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan itu 33 vesel laut dalam layak menerima diesel bersubsidi tanpa pemantauan, manakala 24 lagi yang turut dikategori sebagai kurang memuaskan layak membeli diesel bersubsidi dengan bersyarat.
No comments:
Post a Comment