Kapten Tampines Rovers, Aleksandar Duric (kiri), Steven Tan (dua dari kiri), Mat Zan Mat Aris dan ketua pasukan Terengganu, Sharbinee Allawee pada sidang akhbar Piala AFC di Kuala Terengganu, semalam.
Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris akan menampilkan karektor dan strategi permainan yang berbeza apabila pasukannya turun menentang Tampines Rovers FC dari Singapura dalam perlawanan keempat Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Terengganu, petang ini.
Malah, jurulatih skuad Penyu itu mengingatkan pemainnya agar
memberi tumpuan penuh pada perlawanan hari ini dengan bertekad mencari
penawar duka apabila Terengganu turun menentang wakil Singapura itu.
Manaf menjadi taruhan bersama Forkey Doe petang ini. |
Dengan mengumpul enam mata daripada tiga
perlawanan, skuad Penyu hanya memerlukan kemenangan pada aksi di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bagi mencerahkan laluan
ke pusingan kedua.
Perlawanan timbal balik itu akan berlangsung pada pukul 4.45 petang.
" Saya perlu tampilkan karektor yang berbeza mengatasi mana-mana kelemahan barisan pemain untuk berhadapan Tampines Rovers esok (hari ini).
"Kemenangan ini penting. Sekiranya menang, ia mampu mencerahkan peluang kita mara ke pusingan kedua," katanya.
Mat Zan bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kedua-dua pengurus pasukan yang turut dihadiri jurulatih Tampines Rovers, Steven Tan untuk perlawanan esok (hari ini).
Selepas dibelasah teruk 6-1 oleh Selangor pada saingan Liga Super, Sabtu lalu, Terengganu menjadikan wakil Singapura, Tampines Rovers sebagai mangsa kebangkitan apabila kedua-dunya bertemu pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Terengganu,petang ini.
Mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan lalu, Terengganu mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan kedua sekiranya meraih tiga lagi mata penuh.
Malah, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris turut menyifatkan perlawanan petang ini sebagai peluang terbaik buat para pemain mengembalikan keyakinan diri.
“Saya tahu semua pihak masih terkejut dengan kekalahan kami kepada Selangor tempoh hari tetapi itu bukan- lah alasan untuk kami terus mengaku kalah. “Esok (petang ini), kami akan turun menentang kelab Singapura, Tampines Rovers dan sudah pasti kami inginkan kemenangan untuk memastikan tempat ke pusingan kedua,” kata Mat Zan pada sidang media semalam.
Untuk rekod, Terengganu yang beraksi buat pertama kali di pentas Piala AFC kini selesa menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan enam mata, ketinggalan tiga mata di belakang kelab dari Hong Kong, Kit- chee.
Pada perlawanan di Singapura minggu lalu, juara Piala FA 2011 itu berjaya menewaskan Tampines 1-0 menerusi jaringan Joseph Kalang Tie.
“Kami berjaya menewaskan Tampines di Singapura sebelum ini dan saya rasa tiada alasan untuk kami tidak boleh memenangi perlawanan ini.
“Lagipun, inilah satu-satu peluang untuk kami menempah sejarah dengan mara ke pusingan kedua,” ujarnya. Sebagai percaturan, Mat Zan bakal menurunkan barisan terkuatnya diketuai penyerang sensasi, Francis Forkey Doe yang akan digandingankan bersama Abdul Manaf Mamat.
Dalam pada itu, kapten Terengganu, Sharbinee Allawee mengakui tahap kecergasan rakan-rakan sepasukannya kini agak terjejas selepas melalui jadual perlawanan yang cukup padat.
Bagaimanapun katanya, ia bukanlah alasan untuk mereka tidak mampu mempamerkan rentak terbaik memandangkan peluang beraksi di pentas Piala AFC bukanlah sesuatu yang mudah.
“Kami gagal beraksi dengan baik ketika berdepan Selangor lalu dan saya akui kekurangan itu.
“Namun, semua pemain sedar bahawa kami juga memikul tanggungjawab besar untuk mencari kemenangan ke atas Tampines,” katanya.
No comments:
Post a Comment