Monday, April 30, 2012

Najib Serah Bendera Umno Bagi Memulakan 'Larian Bendera' Sempena Sambutan Ulang Tahun Umno

 Kempen Sejuta Tandatangan Ahli UMNO - PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani Kempen Sejuta Tandatangan Ahli UMNO sambil disaksikan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melancarkan Larian Bendera sempena Hari UMNO Ke-66 di Ibu Pejabat UMNO, Bangunan Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan bendera Umno kepada setiap wakil negeri sebagai simbolik memulakan 'Larian Bendera' sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

Acara itu diadakan sebelum Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur,  malam semalam.



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini berkata larian bendera akan bermula serentak di empat zon iaitu Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Sabah pada 1 Mei dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei.

Zon Utara akan melalui empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, perak dan Selangor manakala Zon Pantai Timur akan bermula di Kelantan dan melalui Terengganu dan Pahang.
 
 Zon Selatan pula akan bermula di Johor dan menjelajah Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

No comments:

Post a Comment