Monday, April 16, 2012

Penyelia Balak Maut Tergelincir Di Sungai Galong

Seorang penyelia balak Tasik Kenyir mati lemas selepas tergelincir di dalam Sungai Galong, Hulu Terengganu, dekat Kuala Berang semalam.

Mayat Wong Kim Hong, 43, ditemui tersangkut di dasar sungai itu oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu pada jam 1 petang.


Pemangku Ketua Balai Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru, berkata bapa kepada dua anak berusia tujuh dan sembilan tahun itu yang berasal dari Wakaf Tapai, Marang, dilapor hilang pada jam 6 petang semalam.

"Dia dikatakan tergelincir dan tenggelam ke dalam sungai ketika sedang mencuci pinggan di pelantar rumah kongsi di tebing sungai itu selepas makan bersama rakan sekerjanya.

Beliau berkata, rakan Wong yang ketika itu berada di dalam rumah hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang pekerja balak yang ketika itu berada di seberang sungai dan melihat Wong terjatuh ke dalam sungai.

Mayat Wong dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk urusan pengkebumian.

No comments:

Post a Comment