Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kecewa dengan sikap anggota masyarakat yang masih tidak menghargai golongan orang kelainan upaya (OKU).
Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata sikap sedemikian perlu diubah selaras dengan hasrat mahu menjadi negara maju.
"Kalau dilihat dari segi layanan masyarakat kepada OKU, kita belum sampai ke taraf itu. Mentaliti masyarakat kita tidak melihat OKU sebagai satu kumpulan yang perlu dihormati, tidak seperti di negara barat," katanya kepada pemberita pada program Suhakam Bersama Masyarakat di Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata masyarakat di negara maju memberi pertolongan dan layanan baik kepada OKU ekoran kesedaran sivik yang tinggi.
Mahmood Zuhdi berkata masyarakat Terengganu adalah antara yang memberi layan buruk kepada OKU.
No comments:
Post a Comment