Thursday, April 5, 2012

Sukma Pahang - Terengganu Sasar Tujuh Emas Acara Olahraga

Terengganu mensasarkan untuk mendapat tujuh pingat emas dalam acara olahraga pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini berdasarkan prestasi semasa atletnya yang memberangsangkan.

Pengurus sukan olahraga Terengganu Kama Rezuan Kamaruddin berkata sasaran ini akan memperbaiki catatan enam pingat emas yang diraih pada edisi 2010 di Melaka.


"Kita meletakkan sasaran itu kerana kita yakin prestasi atlet olahraga Terengganu sekarang berada di tahap yang baik dan mampu mengulangi kejayaan terbesar mempungut pingat emas olahraga dua tahun lalu.

"Seramai 26 atlet iaitu 13 masing-masing lelaki dan wanita dipilih bagi menggalas cabaran ini," katanya.

Katanya daripada jumlah itu, 18 atlet merupakan atlet yang pernah menyertai Sukma 2010 manakala selebihnya adalah atlet yang dikenal pasti mempunyai potensi meningkat naik dalam arena olahraga.

No comments:

Post a Comment