Wednesday, April 18, 2012

Tempoh Rayuan BR1M Dilanjutkan HIngga ke 30 April


Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Menurut satu kenyataan kementerian itu hari ini, seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan.

Kerajaan meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima sehingga 15 April.

Sebarang semakan status permohonan boleh dibuat menerusi talian 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

Program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas, memberikan bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment