Saturday, April 21, 2012

Terengganu Jangan Leka, Sime Darby FC Mahu Melakar Sejarah Muncul Ke Final

Marzuki mungkin tidak diturunkan malam ini kerana cedera.
Jangan pandang rendah kemampuan Sime Darby FC.

Andai berjaya melakukan kejutan dengan menyingkirkan juara bertahan Terengganu, Sime Darby FC akan melakar sejarah sebagai kelab pertama beraksi di pentas final sejak Piala FA mula dipertandingkan pada 1990.

Kelab ini sudah membuktikan bahawa musim ini ia ‘pembunuh gergasi’ dan jika silap percaturan boleh membunuh harapan Terengganu malam ini.


Sime Darby FC sudah menjanjikan kejutan berterusan apabila menentang juara bertahan, Terengganu yang mencatatkan keputusan tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Perlawanan malam ini di Stadium Nasiruddin Shah akaan menjadi tumpuan seperti juga perlawaan di Kota Bharu apabila Kelantan menerima kunjungan Kedah.

Ini bermakna, pada perlawanan timbale balik nanti, dua pasukan Pantai Timur ini akan bermain di tempat lawan. Sime Darby FC, kelab Liga Perdana kendalian Ismail Zakaria memang bukan pilihan tetapi berjaya melakar kejutan berterusan menyingkirkan pesaing lebih hebat bermula dengan Sabah (pusingan pertama), USM FC (pusingan kedua) dan Johor FC (suku akhir).

Persembahan konsisten pasukan Liga Perdana dengan kali terakhir tewas pada Januari lalu meningkatkan keyakinan Ismail untuk mencuri sekurang-kurangnya satu gol dalam pertemuan di Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan jaringan untuk aksi timbal balik pada 1 Mei ini.

Terengganu yang dikendalikan Mat Zan Mat Aris (kanan)  itu juga dikhabarkan akan kehilangan penyerang berbisa, Francis Forkey Doe kerana penggantungan perlawanan serta kapten yang juga pertahanan berpengaruh, Mohd Marzuki Yusof.

Namun Terengganu mempunyai import baru dari Brazil, Leandro Santos Pinto yang beraksi di bahagian tengah dan tampil buat kali kedua di Kuala Terengganu selepas beraksi menentang Harimau Muda B dalam Liga Perdana pada Isnin lalu.

Sedangkan Sime Darby FC akan hanya kehilangan seorang pemain pertahanan dan jentera serangan tetap akan ketuai tonggak import dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh yang mempamerkan aksi cemerlang sejauh ini.

No comments:

Post a Comment