Pemain Lions XII, Shakir Hamzah (biru) diasak pemain Selangor PKNS FC, Mohd. Fauzan pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, semalam.
Walaupun menang dengan Negeri Sembilan 1-0 di Kuala Terengganu malam semalam, pasukan Penyu masih ditangga ketiga Liga Super di belakang Kelantan dan pendahulu ketika ini iaitu Lions XII dari Singapura.
T-Team pula berada di tangga keenam selepas berjaya mengikat Kelantan di Kota Bharu.
Lions XII gagal melebarkan pungutan mata apabila kalah mengejut 0-1 kepada PKNS Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam semalam.
Pemain import dari Perancis, Mickael Joseph Nicoise menghasilkan gol tunggal PKNS pada minit ke-79, menyebabkan Lions XII hanya memiliki kelebihan lima mata di persada liga dengan 33 mata selepas 16 perlawanan.
Pemain Felda United, Mickael Antoine (kanan) diasak pemain Kuala Lumpur, Ahmad Dashila dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam semalam. |
Kemenangan PKNS ini meleburkan rekod tanpa kalah Lions XII namun pencabar terdekat, Kelantan gagal mengambil kesempatan untuk menghampiri kedudukan Lions apabila seri 1-1 dengan T-Team di Stadium Sultan Muhammed ke-IV.
Walaupun Nurul Azwan Roya meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-42, T-Team menafikan hajat tuan rumah mengutip tiga mata penuh apabila Khairul Izwan Khalid menyamakan kedudukan pada minit ke-74.
Sementara itu, Terengganu dan Perak kembali menemui sentuhan berbisa mereka selepas menundukkan lawan masing-masing.
Terengganu mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Terengganu meraih tiga mata berharga selepas pemain lawan, S. Kunalan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66.
Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, Selangor hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Johor FC.
Perak mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan melakukan kejuatan awal apabila membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Zainizam Marjan.
Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Perak kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli minit ke-65.
Dua minit kemudian pemain pertahanan Sabah Mafry Balang kemudian memberikan gol kedua kepada pasukan pelawat selepas tertampan gol ke gawang sendiri.
Penyerang import Perak dari Serbia Lazar Popovic kemudian mengesahkan kemenangan mutlak pasukan tersebut menerusi jaringan pada minit ke-90.
Malam kelmarin, FELDA United berjaya keluar dari zon penyingkiran Liga Super selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur yang menyaksikan penyerang Mohd Nizad Ayub mencuri tumpuan apabila meledak hatrik.
Pada pertembungan antara dua pasukan tercorot liga di gelanggang dikongsi bersama, Stadium Hang Jebat, Kuala Lumpur yang beraksi sebagai tuan rumah lebih banyak bertahan di awal permainan.
Felda yang menduduki tangga ke-13 liga dengan mengumpul 11 mata selepas 12 perlawanan memperoleh gol pertama selepas Nizad melakukan rembatan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol, Rozamie Rohim pada minit ke-23.
Pada m-37, Nizad sekali lagi mencuri tumpuan apabila bijak menanduk bola hantaran Farid Ramli dari sebelah kiri untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Babak kedua bermula, Felda yang dikendalikan E Elavarasan langsung tidak menunjukkan tanda berpuas hati sebaliknya terus mengasak kubu Kuala Lumpur.
Nizad menambah derita anak buah Razip Ismail yang masih belum mencatat kemenangan setakat ini dengan menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan hasil gerakan sepakan percuma m-74 sebelum Farderin Kadir melengkapkan kemenangan 4-0 hasil voli menarik.
Tiga mata yang diraih membolehkan Felda melonjak ke tangga ke-11 liga manakala Kuala Lumpur kekal terperosok di tangga ke-14 dengan satu mata.
Di Stadium Darulaman, Alor Star, Sarawak yang mengikat Kelantan 1-1 minggu lalu terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan kelima musim ini dengan menewaskan Kedah 2-0.
Pada babak pertama, Kedah terlepas peluang seawal minit pertama apabila Hamidan Mohamed berkedudukan ofsaid manakala peluang Sarawak dipersiakan Joel Eppale yang gagal menyambar bola di depan pintu gol.
Namun Sarawak membolosi gawang tuan rumah yang dikawal Helmi Eliza Elias sebanyak dua kali pada babak kedua menerusi jaringan Shahrol Saperi pada minit ke-73 dan rembatan kencang dari luar kotak penalti Ashri Chuchu enam minit sebelum tamat.
No comments:
Post a Comment