Kalang Tie menjadi hero dengan jaringan tunggalnya memberi kemenangan kepada Terengganu di Singapura |
Lebih manis bagi Terengganu apabila ia berjaya menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya setelah mencatat kemenangan ke atas Tampines Rovers 1-0 hasil jaringan Joseph Kalang Tie.
Hatrik Mohd Ghaddar beri kemenangan pertama kepada Kelantan |
ampines Rovers kini tercorot dalam kumpulan dan tiga mata penuh itu memberi sedikit tekanan kepada pendahulu Kumpulan F, Kitchee FC yang menewaskan Song Lam Nghe An, 2-0 di Pusat Sukan Tseung Kwan O.
Sementara Kelantan turut mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Arema FC dari Indonesia 3-0 pada perlawanan ketiga kumpulan H di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di Kota Bharu, semalam.
Penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar menjadi wira The Red Warriors apabila melakukan hatrik melalui jaringan pada minit ke-23, 47 dan 89.
Ini adalah kemenangan pertama Kelantan pada saingan peringkat kumpulan. Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kemenangan 3-0 Kelantan ke atas pasukan Indonesia, Arema FC sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Bojan berkata, kemelut yang melanda Annuar ternyata memberi suntikan semangat kepada anak buahnya ketika menghadapi pasukan lawan walaupun bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan Kelantan.
"Kita bermain lebih baik pada malam ini... bagaimanapun, saya tak menjangka kita menang dengan jumlah gol yang banyak," katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam semalam.
Sebelum ini kedua-kedua dalam kumpulan H itu masing-masing mencatat satu keputusan seri dan satu kalah. Kelantan seri tanpa jaringan dengan Navibank Saigon dari Vietnam dan tewas 1-3 kepada Ayeyawady United dari Myanmar manakala Arema FC dari Indonesia pula seri 1-1 dengan Ayeyawady dan tewas 1-3 dengan Navibank.
Kelantan akan bertemu Arema FC pada perlawanan timbal balik pada 10 April di Surabaya, Indonesia.
Sumber - Sinar Harian & Bernama
No comments:
Post a Comment