Tuesday, April 17, 2012

Tidak Merorok, Makan Ulam Petua Hidup 117 Tahun


Abdul Rahman Abu Bakar, lebih dikenali sebagai Pak Man (kanan) kini berumur 117 tahun dan dianggap sebagai antara manusia tertua di Malaysia.

Gambar ini dirakam bersama isterinya Saadiah Hamat, 71 yang  menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi membuktikan umurnya sekarang.

Abdul Rahman yang tinggal di Kampung Dengir, Bukit Puteri, Besut memberitahu tarikh lahir yang tertera pada kad pengenalannya pada Januari 1907 tidak tepat kerana ketika mendaftar untuk kad pengenalan itu beliau sudah berusia 12 tahun.


Beliau yang sempat berkahwin dengan 8 wanita mengamalkan petua umur panjang dengan membudayakan hidup gaya sihat.

Beliau dengan tidak memakan makanan manis, masin atau berlemak secara berlebihan.

Yang penting, tidak merokok sejak muda dan gemar makan ulam.

No comments:

Post a Comment