Kira-kira 500,000 orang dijangka menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai esok hingga Ahad ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata acara kemuncak ialah perhimpunan raksasa anggota parti selain pelbagai aktiviti, termasuk sambutan Hari Ibu dan kejohanan futsal.
Beliau berkata persiapan sambutan itu sudah 80 peratus siap dan yakin ia akan berjalan lancar mengikut perancangan.
"Raptai malam semalam adalah untuk acara yang akan diadakan pada Jumaat ini (esok), dan saya yakin semuanya akan berjalan lancar pada sambutan itu," katanya ketika ditemui pada raptai penuh sambutan itu di Stadium Nasional.
Sambutan ulang tahun Umno, yang bertemakan 'Umno Pembela Rakyat', berlangsung selama 13 hari, bermula 1 Mei lepas.
No comments:
Post a Comment