Za'abar(tengah) dan Mior Kamarul (tiga dari kiri) bergambar bersama pemenang pada Karnival Pusingan Pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu, kelmarin. |
Mohd Sukri, 30, berjaya menaikkan kerapu seberat 18.24 kilogram (kg) manakala Mohd Nasrull, 34, pula ebek seberat 1.7 kg sekali gus masing-masing membawa pulang hadiah tunai RM20,000 serta pelbagai hadiah iringan.
Peserta Melaka, Abdul Rahim Muhamad, 31, yang menaikkan kerapu seberat 11.58 kg memenangi tempat kedua kategori Laut dengan hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga Mohd Shahir Jaafar, 34, dari Batu Pahat membawa pulang wang tunai RM4,000 selepas menaikkan tenggiri 11.48 kg.
Pemenang kedua kategori Pantai, Bahudin Mamat, 54, dari Kota Bharu menaikkan gerong belang 1.64 kg dan menang hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga milik Mohd Rizal Musa, 33, dari Kuala Terengganu selepas menaikkan ikan cermin seberat 1.38 kg dan menerima hadiah wang tunai RM4,000.
Kategori khas ikan pari dimenangi Norhisham Ahmad, 45, dari Muar dengan tangkapan seberat 23.38 kg sekali gus menang wang tunai RM1,000 manakala tekong terbaik Mat Din Sidek, 52, dari bandar ini menerima hamper dan hadiah iringan daripada penganjur. Hadiah disampaikan
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib. Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian; Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengurus Besar Persatuan Nelayan Dungun, Zainal Abidin Zakaria dan Pengerusi Persatuan Nelayan Dungun, Mohamad Abd Ghani.
Za'abar berkata, beberapa siri kejohanan memancing berprestij yang diadakan di negeri ini bukan saja membawa nama Terengganu sebagai lokasi pancing terkenal dan menyemarakkan kegiatan pelancongan, tetapi juga memberi kesan limpahan ekonomi kepada pengusaha hotel, peniaga kecil serta pemilik bot.
Justeru, katanya, kerajaan negeri berterima kasih kepada Berita Harian atas penganjuran pertandingan itu di Dungun, sekali gus lebih 500 kilogram ikan berjaya dinaikkan daripada 450 pemancing kategori Laut dan 600 kategori Pantai.
“Selepas beberapa siri penganjuran pertandingan memancing dan karnival yang diadakan, daerah ini menjadi terkenal sebagai destinasi pilihan pemancing berdasarkan kedatangan tidak putus-putus pemancing yang menyewa bot menguji pelbagai spesies ikan bermutu terutama tenggiri di daerah ini,” katanya.
Katanya, pertandingan memancing GP Joran dan acara lain seperti Boat On The Road (BOTR) dan Karnival Candat Sotong Harian Metro banyak membantu kerajaan negeri menyemarakkan kegiatan pelancongan di negeri ini.
Sementara itu, Mior Kamarul berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Dungun dan penaja atas sokongan dan komitmen untuk menjayakan penganjuran GP Joran pada tahun ini.
“Saya juga bangga melihat kerjasama erat penduduk di sini yang menjayakan kenduri rakyat yang kali pertama diadakan sebagai sampingan bagi memeriahkan lagi karnival GP Joran, justeru kita harap keadaan ini menjadi contoh untuk turut dilaksanakan pada pusingan akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment