Tuesday, May 15, 2012

Hariff, Adiq Pilihan Utama PKBM Ke Olimpik London?


Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2012 yang menutup tirainya kelmarin menyaksikan pelumba pasukan Uzbekistan Suren, Yusup Abrekov menyarung Jersi Kuning selaku juara keseluruhan.

Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) pula menepati ramalan menguasai perlumbaan pada edisi kali ini apabila barisan pelumbanya menguasai lima daripada enam peringkat.


Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan ialah prestasi pelumba sensasi negara, Mohd. Harrif Salleh yang menjuarai peringkat keempat dari Kangar ke Sungai Petani dan peringkat kelima (Sungai Petani-Ipoh).

Kemenangan Harrif, 23, dalam dua peringkat perlumbaan tersebut mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara pakar pecut negara selain Anuar Manan. Kejayaan itu sekali gus mencerahkan lagi peluang Harrif untuk mengisi satu daripada dua slot acara lebuh raya pada Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Seorang lagi pelumba muda, Muhd. Adiq Husainie Othman (gambar kanan) turut menjadi pilihan untuk mengibarkan cabaran Malaysia pada temasya berprestij itu.

Pada J1M 2012, Adiq yang kini berkhidmat bersama pasukan yang berpangkalan di Hong Kong, Champion System mengesahkan statusnya sebagai pelumba paling berpotensi layak ke London apabila memenangi Jersi Hijau selaku Raja Pecut dan Jersi Putih se bagai pelumba terbaik Malaysia.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PK- BM), Abu Samah Wahab menjelaskan, senarai dua pelumba tersebut masih lagi belum ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKBM sehingga Jun depan.

“Sebenarnya saya tidak boleh beritahu lagi siapa yang sedang bermain dalam fikiran saya kerana Jawatankuasa Pemilihan PKBM masih belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Saya sebagai pengerusi jawatankuasa itu akan mendengar dahulu laporan daripada pihak pengurusan TSG dan Champion System sebelum membuat keputusan yang akan diumumkan nanti.

“Apa yang boleh saya beritahu, walaupun dua pelumba ini (Adiq dan Harrif) menjadi pilihan utama, namun semuanya masih belum pasti selagi jawatankuasa tidak menerima laporan mengenai prestasi pelumba kita dalam pasukan masing-masing,” kata Abu Samah selepas majlis penutup tirai J1M 2012 kelmarin.

Pengurus skuad basikal negara ke Sukan Olimpik 2012, Datuk Naim Mohamad pula menjelaskan, Harrif telah berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya sebagai pakar pecut dengan menjuarai dua peringkat perlumbaan J1M 2012.

Bagaimanapun Naim menegaskan, kejayaan itu masih belum menjadi jaminan buat Harrif kerana dia masih perlu meningkatkan lagi keupayaannya jika mahu bersaing dengan pelumba-pelumba bertaraf dunia di London nanti.

“Saya akui bahawa ketika ini nama Adiq dan Harrif adalah calon utama ke London.

“Pada J1M 2012, kita boleh lihat betapa Adiq berjaya membukti- kan statusnya sebagai pelumba paling berpotensi di negara ini dan begitu juga dengan Harrif yang memenangi dua perlumbaan melibatkan laluan landai.

“Harrif pula berjaya memena- ngi dua peringkat perlumbaan J1M 2012 dan dia telah membuk- tikan potensinya ketika melakukan pecutan ke garisan penamat.

"Begitupun, semuanya bergantung kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk membuat keputu- san berdasarkan penilaian yang akan mereka buat nanti,” jelas Naim.

Selain Adiq dan Harrif, tiga pelumba lagi yang turut disenarai- kan sebagai calon ke London ialah abang Harrif, Mohd. Zamri Salleh, Amir Mustafa Rusli dan Anuar.


Kosmo!

No comments:

Post a Comment