Wednesday, May 23, 2012

Jabatan Warisan Negara Akan Buat Penyelidikan Penemuan Artifak Di Pulau Bidong


Jabatan Warisan Negara (JWN) akan membuat penyelidikan lebih lanjut tentang penemuan artifak seperti tempayan, takar dan pasu dipercayai berusia lebih 100 tahun di perairan Pulau Bidong, di Kuala Terengganu April lepas.

Pegawai Warisan Cawangan Arkeologi, Bahagian Konservasi dan Arkeologi jabatan berkenaan Ruzairy Arbi berkata pihaknya akan cuba mendapatkan maklumat lebih lengkap tentang setiap penemuan barang-barang itu daripada Coral Malaysia yang menemui artifak berkenaan.


"Barang-barang ini wajar dipulihara untuk sejarah negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan artifak-artifak yang ditemui itu oleh pihak Coral Malaysia kepada JWN di Muzium Negeri Terengganu.

 Ruzairy berkata kawasan penemuan artifak berkenaan diawasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi mengelak daripada diceroboh. Beliau berkata berdasarkan apa yang dilihat, artifak-artifak itu mempunyai kaitan dengan Thailand atau Kemboja memandangkan artifak seumpama itu pernah ditemui di dua negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment