Thursday, May 3, 2012

Jelajah1Malaysia Medan Akhir Sebelum Pemilihan Atlet Ke London

Harrif (kiri) dan abangnya, Mohamed Zamri antara calon ke Sukan Olimpik London 2012
Perlumbaan basikal Jelajah 1Malaysia 2012, pada 8 hingga 13 Mei ini, menjadi medan terakhir bagi beberapa atlet berbasikal lebuh raya negara untuk membuktikan kebolehan mereka, sebelum satu nama atlet dipilih ke Olimpik London Julai ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata jelajah berbasikal tertua negara itu bakal disertai sekurang-kurangnya tiga atlet dalam senarai pendek persekutuan itu iaitu Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh dan Amir Mustafa Rusli.


Beliau berkata seorang lagi jaguh berbasikal lebuh raya kebangsaan Mohd Adiq Hussainie Othman dijangka turut mengambil bahagian setelah pelumba kelab Champion System itu mengalami masalah visa untuk menyertai kejohanan di Amerika minggu depan.

"Beliau mempunyai pilihan sama ada hendak mewakili pasukan Kuala Lumpur atau pasukan kebangsaan bawah 23 tahun. Rundingan masih dibuat oleh pihak-pihak berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Naim berkata pelumba berkenaan bersama pasukan trek akan menjalani latihan intensif di Belgium selama 22 hari sebelum Olimpik.

No comments:

Post a Comment