Pasukan tunggal dari luar negara, Lions XII (Singapura) terus memperkukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam.Dengan kejayaan itu, Lions XII kini mengumpul 39 mata, lima mata di depan pencabar utama iaitu Kelantan.
Kedah pula terikat dengan seri 1-1 kepada T-Team di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Selangor pula gagal memperbaiki kedudukan apabila tumpas 0-3 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan di Stadium Shah Alam.
Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, pasukan tuan rumah mencatat kemenangan tipis 3-2 ketika bertemu Selangor PKNS.
No comments:
Post a Comment