Tuesday, May 15, 2012
Peneroka Felda - 'Terima Kasih Pemimpin UMNO, BN..."
Durian runtuh yang diumumkan Kerajaan Pusat kepada peneroka Felda seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia turut memberi impak positif kepada kehidupan warga felda seluruh Terengganu.
Seorang peneroka, Encik Mat Yassin Ismail, 59, berkata pemberian RM5,000 kepada setiap peneroka itu diharap dapat digunakan sebaik yang mungkin dan alternatif terbaik adalah membelanjakan wang agihan itu untuk menampung perbelanjaan ke Tanah Suci Makkah.
Terima kasih Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, seluruh pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana peranan mereka membolehkan kita menjadi peneroka dalam Felda serta menikmati pelbagai kemudahan serta bantuan yang disalurkan sepertimana hari ini, pengagihan durian runtuh.
“Saya berharap pembangkang, tidak payah masuk ke dalam Felda dan mengganggu-gugat kehidupan peneroka Felda. Suatu masa dulu dia pernah kata kerajaan tipu rakyat.
Bagaimanapun, apabila kita sudah senang, mereka datang pula ke Felda dan menghasut peneroka supaya mengikut mereka..Itu tidak betul,” katanya.
Mat Yassin merupakan antara 7,469 peneroka seluruh Terengganu yang menikmati durian runtuh yang diagihkan menerusi tiga fasa dengan jumlah RM5,000 setiap pengagihan yang berakhir 22 Mei ini.
Beliau yang sudah lebih 30 tahun meneroka di tanah rancangan Felda Belara menerima durian runtuh itu daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, sempena Majlis Menteri Besar Bersama Warga Felda di Felda Belara, petang kelmarin (13 Mei).
Seorang lagi peneroka yang juga generasi kedua Felda , Encik Noor Dollah,52, berkata ganjaran durian runtuh kepada peneroka, isteri dan generasi kedua yang berjumlah RM15,000 yang bakal diagihkan secara berperingkat itu memberi kejutan dan keceriaan kepada seluruh warga peneroka Felda.
Katanya, ganjaran itu merupakan nikmat pembangunan negara hasil percaturan dan kebijaksanaan kerajaan hari ini yang sudah memberi banyak keuntungan kepada rakyat termasuk warga Felda di seluruh negara.
“Saya tidak jangka kerajaan akan mengumumkan durian runtuh ini kepada peneroka dan terima kasih kepada semua pemimpin yang bertanggungjawab merealisasikan perkara ini,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment