Bagi memperkukuhkan agenda kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pesara pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) disaran menyumbang kepakaran bagi berganding bahu meyakinkan rakyat agar menyokong kepimpinan kerajaan meskipun sudah bersara.
Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan berkata usaha tersebut perlu dilakukan dengan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, selain terus menyokong pegawai sedia ada dalam perkhidmatan penerangan.
"Dengan pendekatan penerangan sahaja tidak mencukupi. Pengalaman mereka harus JASA hargai dan diharap dapat membantu dalam program Mesra Jiran, ceramah-ceramah Bongkar dan program Ops Jelas," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama 400 pegawai JASA Terengganu yang turut dihadiri Pengarah Jasa Terengganu Adli Kesah.
Ditanya mengenai persiapan JASA bagi mengharungi PRU-13, Fuad berkata pihaknya kini mempunyai 1,300 pegawai di seluruh negara dan mempunyai bilangan Muzakkir yang mencukupi.
"Muzakkir ini merupakan aktivis sukarelawan yang berpengaruh dalam sesuatu kawasan.
Kita mempunyai sekitar 500 anggota di setiap negeri yang diberi tugas khusus seperti program Mesra Jiran, untuk mendekati rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment