Thursday, May 10, 2012

Potensi Terengganu Pertama Kali Menang Pingat Sukma

Terengganu berpotensi besar julung kali memenangi pingat pada kejohanan golf Sukma yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang, Julai depan.

Presiden Persatuan Golf Negeri Terengganu (PGT), Ahmad Zubir Azhari berkata keyakinan tersebut bersandarkan pada ranking pemain yang disenaraikan membuat cabaran pada Sukma kali ini.


"Kita ada beberapa pemain yang pada ketika ini berkedudukan ranking terbaik di Malaysia," katanya ketika di Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Ahmad Zubir, Terengganu belum pernah memenangi sebarang pingat dalam acara golf sejak sukan itu dipertandingkan.

Beliau berkata PGT telah menyenaraikan lima pemain lelaki dan empat pemain wanita untuk membawa cabaran dan seterusnya membantu Terengganu menjadi juara di Sukma buat kali keempat berturut-turut.

No comments:

Post a Comment