Sunday, May 27, 2012

PSTNT Aanjur Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Ogos ini

Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Ogos depan, dalam usaha memantapkan lagi sukan itu di negara ini.

Pengerusi PSTNT Mohd Shapian Ali (kanan) berkata kejohanan itu akan menawarkan hadiah wang tunai lebih RM10,000 yang merupakan hadiah terbesar dalam kejohanan yang dianjurkan di Terengganu.

"Kejohanan ini terbuka kepada pasukan negeri, kelab dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata surat jemputan menyertai kejohanan yang mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri itu, akan dihantar ke persatuan negeri dan kelab tidak lama lagi.

Katanya juara kejohanan itu akan menerima RM5,000, naib juara RM3,000 manakala tempat ketiga dan keempat, masing-masing RM1,000. Mohd Shapian berkata kerajaan negeri memberi sokongan dalam menjayakan kejohanan itu selari dengan matlamatnya untuk melihat sukan berkenaan terus berkembang di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PSTNT sedang membuat persiapan bagi memilih pemain untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan, Pahang, Julai ini.

No comments:

Post a Comment