Tuesday, June 12, 2012

1,000 Rumah Mampu Milik Disedia di Rhu Rendang

Nik Dir Nik Wan Ku (tengah) bersama 52 pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan pada program Gotong-Royong Perdana KRT Taman Kalongan Melor, Rhu Rendang, Marang, semalam.
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang bakal menikmati kediaman lebih selesa dengan pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik yang dilaksanakan kerajaan di Kampung Bukit Gasing dekat Marang.

Pegawai Pembangunan DUN berkenaan, Nik Dir Nik Wan Ku berkata, daripada jumlah itu, 400 unit rumah akan siap dibina dalam masa terdekat manakala 200 unit lagi menyusul beberapa bulan lagi.


Beliau memberitahu, sementara baki 400 unit lagi rumah jenis itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

“Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) telah meluluskan projek perumahan mampu milik ini dan ia sedang rancak dalam pembinaan, setiap sebuah berharga RM100,000 tapi ia dijual antara RM60,000 hingga RM70,000 sebuah,” katanya.

Utusan

No comments:

Post a Comment