Sunday, June 17, 2012

148 Pemain Sertai Kejohanan PGM Terengganu Masters 2012

Seramai 148 pemain dari 16 negara mengesahkan untuk menyertai Kejohanan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) Terengganu Masters 2012 di Awana Kijal, Kemaman dari 23 hingga 28 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata kejohanan itu merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti pelancongan Terengganu.


"Ia merupakan kesinambungan kepada Kejohanan Golf Proton Terengganu Masters 2006 dan 2007 serta Kejohanan Golf Jemputan Terengganu Masters 2008 hingga 2011," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata pemain yang mengesahkan penyertaan ialah dari England, Austria, Australia, Filipina, Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Kanada, Myanmar, Singapura, Indonesia, Ireland, Pakistan dan Malaysia.

Katanya kerajaan Terengganu menyumbangkan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment