Sunday, June 3, 2012

Ahmad Said - Letak Jawatan Jika Sokong Pembangkang

“Anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata...maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat...Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” - Ahmad Said

Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

 Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

Sinar Harian

1 comment:

  1. Kump. Abang2 Keluar UMNO......niat di hati saya memang nak undi PR pada PRU yang akan datang ini tapikan bang bila saya nengok rakaman cctv murshidul am PR membalun china doll maka saya jadi ragu-ragu pula nak mengundi PR ni. Macam mana ni bang? Abg2 tolonglah saya, saya jadi makin confuse sekarang ni. Pilihanraya dah nak dekat....tolonglah saya bang.

    ReplyDelete