Ahmad Said melihat Nur Fatihah Abdul Karim menulis menggunakan tangan semasa membuat lawatan di rumahnya kelmarin. |
Keriangan alam kanak-kanaknya terbatas setelah mengalami penyakit sendi lembik (hilang upaya fungsi otot) sejak dilahirkan dengan tangan dan kakinya seakan-akan pohon yang layu.
Nur Fatihah, 11, anak sulung daripada empat beradik yang belajar di kelas pendidikan khas di Sekolah kebangsaan Bukit Payong terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk melaksanakan kegiatan hariannya
Namun kelmarin, Nur Fatihah mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said apabila pemimpin nombor satu Terengganu itu melawatnya di rumahnya di Kampung Gong Kiat, Kuala Terenggan.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment