Antara laman judi internet paling popular..tugas mengawal atau menghalang amat sukar. |
"Walaupun semua jadual
perlawanan EURO 2012 tahun ini berlangsung awal pagi, namun ia bukan
alasan pekerja gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang
acara itu berjalan...pngurusan waktu secara bijak serta sesuai perlu dirancang dan diatur
bagi membolehkan mereka tidak dibelenggu keletihan berpanjangan sehingga
mengganggu kerjaya diamanahkan.
- Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sudah member amaran bahawa kejohanan bola sepak Eropah UEFA 2012 (EURO 2012) edisi ke-14 yang akan membuka tirainya pada 8 Jun (Jumaat) hingga 3 Julai depan mungkin menggugat prestasi dan produktiviti kerja.
Kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland–Ukraine dengan membariskan pemain bola sepak terkemuka dunia dari 16 negara gergasi Eropah akan disiarkan awal pagi iaitu sekitar jam 12 tengah malam dan 2.45 pagi.
Kejohanan yang mempunyai pengikut ramai termasuk di kalangan pekerja terutama generasi muda yang mengikuti perlawanan memerlukan mereka menguruskan masa rehat secukupnya bagi mengelak produktiviti kerja mereka menurun.
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata walaupun semua jadual perlawanan EURO 2012 tahun ini berlangsung awal pagi, namun ia bukan alasan pekerja gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang acara itu berjalan.
Katanya, pengurusan waktu secara bijak serta sesuai perlu dirancang dan diatur bagi membolehkan mereka tidak dibelenggu keletihan berpanjangan sehingga mengganggu kerjaya diamanahkan.
“Apabila tiba musim bola (EURO 2012), kita akan dengar pelbagai kerenah pekerja seperti keletihan, kurangnya produktiviti kerja dan kekerapan mengambil cuti.
“Sebab itu, pengurusan masa (rehat) amat penting bagi mengelak minat (menonton bola sepak) tidak akan menjejaskan mutu kerja. Mungkin apabila bola (perlawanan) mula awal pagi, mereka (pekerja) boleh ambil masa rehat atau tidur lebih awal,” katanya kelmarin.
Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan dalam sebuah portal semalam yang menjangka produktiviti pekerja secara keseluruhan akan menurun dan memberi kesan kepada mereka yang tidak mengikuti kejohanan itu.
Pasukan Perancis membuat persiapan |
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, majikan perlu bersedia berdepan dengan kadar ketidakhadiran tinggi ketika berlangsungnya acara seperti EURO 2012 dan sukan Olimpik sama ada pekerja mengambil cuti sakit atau tidak hadir.
“Jika ramai pekerja mengambil cuti (disebabkan EURO 2012), maka beban kerja tambahan mereka terpaksa diserahkan kepada pekerja lain,” katanya.
Pasukan England yang popular dengan penonton Malaysia |
Walaupun ramai yang sudah 'panaskan badan' dengan membuat taruhan bagi peringkat perlawanan persahabatan namun ada yang sudah mempertaruhkan pasukan mana yang akan bertemu pada peringkat akhir, pemenang serta jumlah gol yang bakal dijaringkan.
Ramai peminat sukan bola sepak membuat taruhan melalui bookie tempatan yang sama dengan EPL.
Malah ramai juga yang membuat taruhan melalui internet.
Polis kini dalam langkah berjaga-jaga bagi mengawasi sindiket pertaruhan Euro 2012.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis melancarkan Ops Soga pada 31 Mei lalu untuk memantau sindiket judi.
"Kami juga sedang memantau secara dekat orang-orang yang sebelum ini ditangkap kerana mengambil pertaruhan yang tidak sah di sisi undang-undang," katanya.
"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk menyerbu pusat operasi taruhan," katanya.
Laman web antarabangsa mula membuat pertaruhan bagi peringkat persahabatan termasuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 untuk zon Amerika Selatan.
Seorang lelaki berusia 26 tahun mengaku menjadi penagih aktiviti judi berkata: "Saya selalu berjudi semasa Piala Dunia atau kejohanan Euro."
"Kali ini, saya mula lebih awal dan meletakkan pertaruhan pada perlawanan persahabatan England-Belgium hujung minggu lalu melalui laman pertaruhan internet," kata lelaki yang tidak mahu dikenali itu.
Seorang bekas bookie berkata pertaruhan akan lebih hebat dan menarik apabila membabitkan pasukan yang lebih popular seperti Sepanyol, Jerman, Belanda dan England.
Sumber – Berita Harian & mStar
No comments:
Post a Comment