Friday, June 1, 2012

Haji - Malaysia Harap Saudi Tidak Kurang Kuota 930,000 Dalam Senarai Menunggu

Malaysia berharap kerajaan Arab Saudi tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji negara ini tahun ini, berikutan terdapat 930,000 rakyat sedang menunggu untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Johari berkata, bagi tujuan itu, Malaysia menerusi Lembaga Tabung Haji akan menyampaikan surat kepada Arab Saudi dalam masa terdekat memohon agar amalan sedia ada diteruskan.


“Saya harap tak ada gangguan langsung terhadap penyusunan (kuota) pada sepanjang tahun ini dan akan datang. Jika berlaku pengurangan ia (senarai) akan tersekat dan berlaku pertambahan kepada senarai yang sedang menunggu," katanya kepada pemberita, selepas Seminar Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, hari ini.

Jamil Khir sebelum ini dilapor berkata, kerajaan Arab Saudi sedang mempertimbang sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia, susulan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Kedutaan Arab Saudi di Malaysia juga dilapor telah menghantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam demonstrasi di dua kota suci umat Islam itu.

No comments:

Post a Comment