Saturday, June 9, 2012

Jelajah Warisan Besut, Rabu ini

Kira-kira 50 peserta akan menyertai program dua hari Jelajah Warisan ke Daerah Besut anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) bermula Rabu ini.

Program itu disertai oleh ahli PPNT, hotel, resort, kraf tangan, agensi pelancongan, pemandu pelancong dan pertubuhan bukan kerajaan untuk meninjau beberapa produk pelancongan di daerah itu.


Setiausaha PPNT, Ahmad Fadzil Mohd. Fahmi berkata, antara kawasan yang dilawati ialah Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Homestay Felda Selasih, Lata Tembakah Jabi dan Pusat Desa Ukiran Kayu.

Katanya, anggota rombongan juga akan dibawa melawat Pusat Pengeluaran dan Pembenihan Ikan Laut Tanjung Demong, Besut dan Pusat Penternakan Ikan di Kampung Penarik, Setiu.

No comments:

Post a Comment