Friday, June 1, 2012

JKKK Dminta Pantau Hal Ehwal Kampung


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung serta mengambil tahu mengenai kesihatan penduduk.

“Jangan sampai mereka masuk surat khabar, kerana ini membabitkan nama baik wakil rakyat kawasan berkenaan,” katanya di majlis Perjumpaan Menteri Besar bersama JKKK Daerah Kuala Terengganu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam (31 Mei).

Katanya, kerajaan beri peruntukan RM1 juta setiap kawasan untuk bantu rakyat di kampung-kampung yang menghadapi pelbagai kesukaran.

 “Bantulah siapa saja yang layak, biar pun mereka berlainan parti, mudah-mudahan mereka nampak siapa yang lebih mengambl berat terhadap kebajikan rakyat,” katanya di hadapan kira-kira 2,227 orang daripada 293 JKKK dalam daerah ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk i Abdul Rahin Mohd Said dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali.

Turut serta dalam perjumpaan itu, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Adun Tepoh,  Muhammad Ramli Noh ; Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh dan Pegawai Pembangunan DUN Manir, Haji Yusof Hitam.

Menteri Besar juga berharap tidak ada yang mengambil sikap sabotaj parti semata-mata kerana tidak sebulu dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

“Kalau parti kuat, kerajaan akan kuat dan JKKK juga akan teguh tapi jika parti rebah JKKK pun akan lenyap,” katanya.

Menteri Besar kemudiannya mengajak semua organisasi dalam kampung termasuk cawangan UMNO dan JKKK berpadu tenaga pertahankan parti dan kerajaan demi masa depan bangsa Melayu yang gemilang.

Teganuku

No comments:

Post a Comment