Sunday, June 17, 2012

Kejohanan Di Belgium, Jerman Ukur Kedudukan Azizulhasni


Beberapa siri kejohanan di Belgium dan Jerman yang bakal disertai jaguh pelumba trek negara Mohd Azizulhasni Awang bulan depan, akan menjadi kayu pengukur kepada kedudukan atlet itu dalam kalangan pelumba terbaik dunia.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata Mohd Azizulhasni dapat memanfaatkan peluang pada siri kejohanan itu untuk menilai prestasi pencabarnya menjelang Sukan Olimpik London dari 22 Julai hingga 12 Ogos ini.


"Pada kejohanan di Belgium dan Jerman kelak, kita tidak meletakkan sebarang sasaran.

"Bagaimanapun, kita akan menggunakan peluang itu untuk menilai tahap pelumba-pelumba terbaik dunia yang akan turut menyertai kejohanan-kejohanan tersebut. Ini sudah tentu memberi faedah kepada skuad negara," katanya kelmarin.

Mohd Azizulhasni yang digelar 'The Pocket Rocketman' akan beraksi dalam acara kegemarannya, keirin dan pecut 200 meter pada Sukan Olimpik London.

No comments:

Post a Comment