Kerajaan negeri meluluskan tiga kawasan rancangan tanah berkelompok untuk dijadikan penempatan bagi generasi kedua Felda dan Felcra di negeri ini.
Tanah berkenaan yang dipecahkan kepada 444 lot tapak rumah akan diagihkan kepada peserta yang layak secara berperingkat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah berkenaan, 130 lot tapak rumah akan diagihkan kepada anak-anak peneroka di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu.
“Sebanyak 92 lot lagi terletak di Kampung Bukit Tinggi, Langkap, Mukim Hulu Nerus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman semalam.
Sebagai permulaan, seramai 46 peserta telah dimasukkan di penempatan Kampung Bukit Tinggi, Langkap manakala bakinya akan dipilih secara berperingkat.
Selain itu, katanya, seramai 222 peserta membabitkan 222 lot tapak rumah di Felcra Seri Bandi, Kemaman akan menerima hak milik masing-masing di mana majlis penyerahan akan dibuat dalam masa terdekat.
Katanya, 222 peserta di Felcra Seri Bandi yang mengusahakan ladang kelapa sawit yang dan telah mengeluarkan hasil akan menerima geran hak milik mereka berupa tapak rumah beserta ladang seluas 4 hektar seorang.
“Kerajaan sentiasa peka dengan masalah tempat kediaman generasi kedua Felda dan akan berusaha menyediakan tapak rumah untuk mereka.
No comments:
Post a Comment