Sunday, June 17, 2012

Pemuda Maut Motosikal Bertembung Kereta

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di KM58.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rantau Abang, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Mohd. Madhan Mohamad, 33, dari Tepoh, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman yang serius.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Petaling, Tepoh sebelum terbabit dalam nahas ngeri itu.

Kemalangan dipercayai berlaku sewaktu kereta Proton Persona yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun dikatakan memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang menunggang bersendirian tercampak 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments:

Post a Comment