Sunday, June 17, 2012

Rundingkan Jadikan LTSM Hub Penerbangan Antarabangsa

Ahmad Said menerima cenderamata daripada wakil Kafa selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Guru-guru Kafa Negeri Terengganu (Perkat) Kali Ke-4 Tahun 2012
Kerajaan Negeri kini mengadakan rundingan dengan beberapa buah syarikat penerbangan yang berminat untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebagai hab penerbangan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia masih di peringkat rundingan dan usaha ke arah itu sedang dilakukan, dalam menjadikan LTSM sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa.


Buat peringkat permulaan katanya, Kerajaan Negeri sudah berjaya membawa jemaah haji Terengganu terus ke Jeddah. “Sekarang ini kita di peringkat kedua untuk menjadikan Terengganu sebagai hab penerbangan haji dan umrah untuk Pantai Timur.

Sekarang ini kita sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Saudi (Saudi) untuk dua penerbangan.

“Bagi tahun depan kita sudah bersetuju dan telah keluarkan iklan. Maknanya jemaah umrah dari Pantai Timur boleh terus dari Terengganu ke Madinah dengan 21 penerbangan, menaiki pesawat Airbus A350 yang mampu memuatkan 350 jemaah, berbanding Boeing 747-400 sebelum ini,” katanya.

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Guru-guru Kafa Negeri Terengganu (Perkat) Kali Ke-4 Tahun 2012 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, Khamis.

Kata Ahmad Said, Saudi sudah bersetuju untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan umrah, bagi penerbangan haji kali ini Kerajaan Negeri meminta 14 penerbangan terus.

Ia memungkinkan 50 peratus daripada jemaah haji akan pergi menerusi Saudi dan selebihnya dengan penerbangan lain, untuk membawa jemaah haji dari Terengganu dan Kelantan serta selebihnya dari Kuantan.

 Sinar Harian

No comments:

Post a Comment