Konsep wasatiyyah atau kesederhanaan adalah pendekatan yang amat sesuai diamalkan oleh negara berbilang kaum seperti Malaysia bagi mengelak rakyat mengamalkan budaya hidup yang melampau demi perpaduan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, konsep itu dapat membantu dalam usaha mengekang budaya atau kegiatan fanatik dan ekstremis dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Justeru itu kata beliau, Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia akan diadakan pada 10 Jun ini bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
Jelasnya, program yang bermula pukul 8 pagi itu membabitkan dua tokoh penceramah iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
“Kita sasarkan kira-kira 2,000 penyertaan daripada pelbagai peringkat termasuklah pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan, belia dan guru,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman semalam.
Tambah Ahmad Razif, program itu sebelum ini telah dilaksanakan di beberapa negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
“Seminar ini bakal menyentuh konsep Gagasan 1Malaysia dan boleh dihadiri sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui tajuk ini secara ilmiah,” ujarnya.
Katanya, perasmian penutup program itu bakal disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan disiarkan secara langsung di webtv.terengganu.gov.m
No comments:
Post a Comment