Saturday, June 9, 2012

Sukma - Terengganu Guna Khidmat Bekas Pemain Indonesia

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Persatuan Badminton Terengganu (PBT) sedang berusaha habis-habisan untuk meraih pingat emas pertama dalam acara badminton di kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, pada 7-16 Julai.

Bagi mencapai matlamat itu, Pengarah MSNT, Zainal Abidin Hasan berkata, pihaknya telah membawa khas bekas pemain kebangsaan Indonesia untuk menjadi rakan sepelatih (sparring partner) kepada pemain-pemain muda perseorangan badminton Terengganu.


"Kita harap pendekatan yang kita ambil ini akan membuahkan hasil yang positif terhadap aksi pemain kita,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, Ardi Wiranata, 23, dari kelab Djarum, Jambi, Indonesia memulakan tugasnya di MSNT pada Mac di bawah seliaan ketua jurulatih badminton Terengganu, Sunarno Martotiyoso kelahiran Durikosampi Cengkareng, Jakarta Barat.

No comments:

Post a Comment