Thursday, June 28, 2012

TNB Belanja RM300 Juta Untuk Projek Baru Di Pantai Timur

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membelanjakan kira-kira RM300 juta bagi melaksanakan 11 projek barunya di Pantai Timur termasuk projek pembinaan pencawang masuk utama di kawasan perindustrian baru di Dungun.

Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli berkata, peruntukan itu melibatkan perbelanjaan bagi tahun kewangan 2012 dan akan datang bagi memenuhi permintaan industri dan rakyat di Terengganu, Kelantan dan Pahang.


"Daripada jumlah itu sebanyak RM100 juta untuk membangunkan projek di seluruh Terengganu yang kebanyakannya projek baru bagi pembukaan kawasan industri yang baru," katanya kelmarin selepas majlis perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE) peringkat Negeri Terengganu 2012.

Kempen itu dirasmikan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Zakaria Hussin.

Sementara itu, Rozimi berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh 2002 hingga 2011, sebanyak 599 kes kemalangan elektrik direkodkan membabitkan 301 kes kematian.

No comments:

Post a Comment