
Program bertemakan 'Telur Penyu: Beli Jangan Makan Pun Tidak' itu akan diadakan di BazaarWarisan, di sini, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu Laut (SEATRU) UMT, Prof Madya Dr Juanita Joseph berharap kempen itu dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan penjual telur penyu supaya berhenti daripada menjual, membeli atau memakan telur penyu.
"UMT juga berharap agar kerajaan negeri akan menyokong usaha memulihara penyu khususnya di Terengganu dengan menggubal undang-undang mengharamkan penjualan telur penyu di negeri ini," katanya di Kuala Terengganu.
Beliau berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena program itu, antaranya konvoi berbasikal dari UMT ke Pasar Payang dengan beberapa 'pit-stop' bagi mengedarkan risalah berkaitan penyu, ceramah mengenai Islam dan Pemuliharaan Penyu serta kuiz.
"Orang ramai digalak mengambil bahagian dalam program-program yang akan diadakan itu," katanya.
No comments:
Post a Comment