Friday, June 29, 2012

UniSZA Mulakan Program Ladang Ternakan September Ini

Fakulti Pertanian dan BioTeknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Besut akan memulakan program ladang ternakan di atas tapak seluas 12 hektar di Pasir Akar, Hulu Besut mulai September ini.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Alias Daud berkata, ladang berkenaan merupakan sebahagian daripada 80 hektar tanah yang diberikan kerajaan negeri Terengganu kepada UniSZA untuk fakulti berkenaan mengadakan program sains haiwan.


"Untuk fasa pertama sebanyak 12 hektar daripada 80 hektar, kita sudah selesai memagar dan menanam rumput untuk ternakan haiwan seperti kambing, lembu dan juga ayam," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Dr Alias berkata, program berkenaan yang dinamakan Ladang UniSZA itu akan dikembangkan lagi sehingga mencapai keseluruhan 80 hektar bagi fasa kedua kelak.

Katanya, fakulti Pertanian dan BioTeknologi UniSZA terletak di Kampus Besut di kawasan berhampiran pantai yang tanahnya berasid, tidak sesuai untuk program pertanian.

No comments:

Post a Comment