Monday, July 23, 2012

Ahmad Razif Saran Imarah Surau Sekolah Di Terengganu

Surau sekolah terutama sekolah harian di negeri ini disaran supaya mengadakan program pengimarahan terutama pada waktu solat Maghrib dan Isyak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata banyak manfaat sekiranya program seumpama itu dilaksanakan, antaranya ia dapat mengurangkan pelajar bermasalah dan gejala melepak pada waktu malam.

"Apa salahnya di samping mengadakan kelas malam, disertai pula dengan mengimarahkan surau. Ini secara tidak langsung dapat mengintegrasikan program di mana anak-anak belajar kelas malam dan ibu bapa turut hadir bersama sembahyang berjemaah.

"Saya cadangan supaya program ini diadakan bersama antara Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada lima buah masjid dan 23 buah surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di Kuala Terengganu, hari ini.

Ahmad Razif berkata beliau mendapati penggunaan surau di sekolah harian hanya pada solat Zohor dan Asar manakala solat Maghrib dan Isyak tidak diadakan sembahyang tarawikh.

No comments:

Post a Comment